AircondXpress Faster. Easier. Better.
Dari impian kepada realiti
AircondXpress ditubuhkan pada tahun 2014 yang dikenali sebagai NM Aircond Sdn Bhd, merupakan jenama terkemuka di Johor Bahru dalam penyelesaian perkhidmatan penyaman udara dan pengudaraan bagi sektor kediaman, komersial, korporat dan kerajaan. Sehingga kini, syarikat telah memberi khidmat kepada hampir 20,000 pelanggan di seluruh Johor.
Menjelang tahun 2030, AircondXpress (dimiliki oleh NM Aircond Sdn Bhd) menyasarkan pengembangan pasaran Johor & seluruh Malaysia dengan minimum 50 kakitangan terlatih & profesional serta terus memperkukuh sistem dalaman, aliran kerja, budaya, nilai dan jenama.

Pemantapan Organisasi & Inovasi Teknologi
Kami komited dalam memperkukuh asas organisasi dengan penerapan teknologi baharu serta pematuhan terhadap piawaian dan nilai korporat, bagi memastikan AircondXpress kekal sebagai pilihan utama pengguna dan terus berkembang ke Seluruh Malaysia.
Pemerkasaan Belia & Kerjasama TVET
- Melalui kerjasama bersama hampir 50 institusi TVET di seluruh Malaysia, kami menyediakan platform pembangunan belia melalui latihan berstruktur yang terbukti berkesan dalam melahirkan individu berdaya saing sebagai usahawan dan intrapreneur masa depan.
- Visi Syarikat
Memberikan penyelesaian pengudaraan yang lebih baik kepada dunia serta mewujudkan ekosistem lestari tanpa pencemaran udara dengan menjadi penyedia HVAC terunggul menjelang tahun 2030.
- Misi Syarikat
Komited Membantu Pengguna
Membantu pengguna penyaman udara mendapatkan pasukan respons pantas bagi menyelesaikan masalah pengudaraan mereka, seterusnya mengelakkan Sick Building Syndrome di setiap premis kediaman dan komersial.