Misi Menyelamat Mangsa Banjir di Hatyai, Thailand

Misi Menyelamat Mangsa Banjir di Hatyai, Thailand

AircondXpress Turut Menyokong Pasukan Ihsan Johor Relief

Hatyai, Thailand – AircondXpress.com melalui Team AircondXpress (NM Aircond) dengan penuh rasa tanggungjawab dan keprihatinan telah turut terlibat dalam Misi Menyelamat Mangsa Banjir di Hatyai, Thailand, bersama rakan strategik Ihsan Johor Relief.

Penglibatan ini adalah sebagai pasukan sokongan bahagian pengangkutan dan logistik, yang memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran pergerakan pasukan penyelamat, penghantaran keperluan bantuan serta koordinasi operasi di kawasan terjejas banjir.

Misi ini dilaksanakan bagi membantu rakyat Malaysia yang terkandas susulan bencana banjir yang melanda Hatyai, selain menyokong usaha kemanusiaan merentas sempadan demi keselamatan dan kebajikan mangsa. Keadaan banjir yang mencabar memerlukan kerjasama berpasukan, perancangan rapi serta sokongan logistik yang efisien bagi memastikan operasi berjalan lancar dan selamat.

AircondXpress percaya bahawa tanggungjawab sosial korporat bukan sekadar komitmen, tetapi satu amanah untuk turut sama membantu ketika saat diperlukan. Penglibatan dalam misi ini mencerminkan nilai teras syarikat yang mementingkan kemanusiaan, kerjasama dan kesukarelawanan.

Pihak AircondXpress merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ihsan Johor Relief, para sukarelawan serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan misi ini.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar segala urusan dipermudahkan dan keselamatan semua rakyat Malaysia yang terkesan sentiasa berada dalam lindungan-Nya.

AircondXpress – Faster. Easier. Better.

Kongsikan di:
Perkongsian lain
AircondXpress Turut Serta Program Passport To Industry Fair 2025 di KV Perdagangan Johor Bahru

Johor Bahru, 16 Disember 2025 – AircondXpress.com dengan bangganya telah…

Ini Caranya Kalau Nak Sesebuah Syarikat Berjaya : Retreat AircondXpress 2025

Dalam Post kali ini, kami akan berkongsi antara cara yang…

Hari Graduasi Pre-Internship Program 30 Hari Anjuran School of NM – NM Aircond

Tarikh Program: 1 Julai – 31 Julai 2025Lokasi: NM Aircond…