Apa Kelebihan Buat Chemical Servis Pada Aircond?
Pernah tak rasa aircond anda dah sejuk… tapi tak sejuk macam dulu? Atau aircond berair, ada bau pelik, dan kuat bunyi bila dihidupkan? Jika ya, mungkin sudah tiba masa untuk buat chemical servis!
Ramai pengguna aircond tak tahu bahawa servis biasa sahaja tak cukup untuk memastikan prestasi aircond sentiasa tiptop. Di sinilah pentingnya chemical servis – satu proses pembersihan menyeluruh yang memberi nafas baru kepada sistem penyaman udara anda.
Apa Itu Chemical Servis Aircond?
Chemical servis ialah proses membuka unit indoor & outdoor untuk dibersihkan menggunakan cecair kimia khas. Semua komponen utama seperti coil, blower, drain pipe, dan fan blade akan dicuci bersih daripada habuk, lendir, kulat dan kotoran degil yang tak boleh hilang dengan cucian biasa.
Kelebihan Chemical Servis Aircond
- Sejuk Lebih Cepat & Konsisten
Aircond yang bersih dalamannya mampu mengalirkan udara dengan lebih lancar. Hasilnya? Suhu cepat turun dan ruang lebih nyaman.
- Menghapuskan Bau Kurang Menyenangkan
Kadangkala bau hapak berpunca dari kulat dan bakteria yang tersembunyi dalam sistem aircond. Chemical servis dapat membersihkannya dengan berkesan.
- Cegah Kebocoran Air
Air bertakung dalam tray atau saluran tersumbat sering menjadi punca aircond bocor. Chemical servis akan mencuci bahagian ini untuk memastikan aliran lancar.
- Jimat Bil Elektrik
Aircond yang bersih tak perlu bekerja keras. Ini membantu mengurangkan penggunaan elektrik secara langsung – lebih jimat setiap bulan!
- Panjang Umur Aircond
Servis berkala, terutamanya chemical servis, mampu memanjangkan jangka hayat sistem aircond anda. Elak kos tukar baru terlalu awal.
Bila Perlu Buat Chemical Servis?
- Sekurang-kurangnya setahun sekali
- Bila aircond tak sejuk walaupun gas cukup
- Bila ada bau busuk atau kebocoran air
- Bila aircond berbunyi bising atau bergegar
Servis Lebih Cepat. Lebih Mudah. Lebih Baik – Hanya di AircondXpress
Kami di AircondXpress menyediakan servis chemical dengan teknik terkini, alatan lengkap, dan pasukan profesional berpengalaman. Tempahan mudah, waktu fleksibel, dan harga berbaloi!