Kunjungan ADTEC Batu Pahat ke AircondXpress Sempena Program Pra-Latihan Industri

Kunjungan ADTEC Batu Pahat ke AircondXpress Sempena Program Pra-Latihan Industri

Kunjungan ADTEC Batu Pahat ke AircondXpress Sempena Program Pra-Latihan Industri

AircondXpress telah menerima kunjungan hormat daripada pihak ADTEC Batu Pahat sempena pelaksanaan Program Pre-Internship, satu inisiatif yang dirangka bagi memberi pendedahan awal kepada pelatih sebelum menempuh alam latihan industri sebenar.

Program ini bertujuan untuk:

  1. Memperkenalkan budaya industri serta mendedahkan peserta kepada skop kerja, teknologi terkini, pengetahuan praktikal, kemahiran dan pengalaman sebenar dunia pekerjaan.
  2. Membangunkan kemahiran insaniah seperti kepimpinan, komunikasi berkesan serta semangat kerjasama dalam kalangan peserta.
  3. Memberi gambaran sebenar mengenai situasi kerja, cabaran, dan risiko khususnya dalam bidang penghawa dingin.
  4. Memperkasa pemahaman teori dan praktikal dalam menyelesaikan isu teknikal, masalah antara manusia, produk, serta menangani maklum balas pelanggan.
  5. Mengasah kemahiran pemikiran kritikal dalam menangani pelbagai cabaran dan isu yang timbul di tempat kerja.

Melalui kunjungan dan kerjasama ini, diharapkan usaha ini bukan sahaja menyediakan ruang pembelajaran dan pengalaman bermakna kepada peserta, malah mampu melahirkan generasi usahawan muda yang berdaya saing dan berwibawa dalam industri kelak.

AircondXpress X ADTEC Batu Pahat

“Bersama membina masa depan yang lebih cemerlang.”

Kongsikan di:
Perkongsian lain
Hari Graduasi Pre-Internship Program 30 Hari Anjuran School of NM – NM Aircond

Tarikh Program: 1 Julai – 31 Julai 2025Lokasi: NM Aircond…

Pelancaran Rasmi “School of NM” – Mencorak Masa Depan Tenaga Mahir Tempatan

1 Julai 2025 – Satu inisiatif strategik dalam pembangunan pendidikan…

AircondXpress Diiktiraf sebagai Muzakki oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ)

AircondXpress dengan penuh rasa syukur dan rendah hati telah menerima…