Pernah tak rasa terkejut bila tengok bil elektrik tiap bulan makin naik, padahal rasa macam penggunaan biasa je? Kalau ya, anda tidak bersendirian. Ramai pengguna terutamanya yang menggunakan aircond setiap hari, mengadu bil elektrik mereka tiba-tiba melambung tanpa tahu puncanya.
Sebagai pakar dalam industri penyaman udara, AircondXpress ingin kongsikan beberapa sebab kenapa bil elektrik anda tinggi dan cara mudah untuk kurangkannya, tanpa perlu korbankan keselesaan harian anda.
- Aircond Tak Diservis Secara Berkala
Aircond yang kotor atau tersumbat akan bekerja lebih keras untuk sejukkan ruang. Ini menyebabkan penggunaan tenaga meningkat, sekaligus menaikkan bil elektrik. Pastikan servis dilakukan sekurang-kurangnya setiap 3-6 bulan.
- Filter Tersumbat dengan Habuk
Filter yang penuh habuk menghalang pengaliran udara lancar, memaksa aircond beroperasi lebih lama untuk mencapai suhu yang diingini. Cuci filter anda setiap 2-4 minggu untuk prestasi optimum.
- Suhu Terlalu Rendah
Ramai suka set suhu pada 16°C – tapi tahu tak, setiap penurunan 1°C boleh naikkan penggunaan elektrik sehingga 6-10%? Cuba tetapkan suhu ideal sekitar 24°C – 26°C untuk kesejukan yang menjimatkan.
- Penggunaan yang Tidak Efisien
Biarkan aircond berjalan tanpa pengguna di dalam bilik, pintu/tingkap tidak ditutup rapat, atau guna aircond walaupun ruang sudah cukup sejuk – semua ini menyumbang kepada pembaziran tenaga.
- Aircond Lama dan Tidak Cekap Tenaga
Jika aircond anda sudah berusia lebih 8–10 tahun, kemungkinan besar ia menggunakan tenaga lebih banyak. Pertimbangkan untuk tukar kepada model inverter atau berlabel 5 bintang tenaga untuk penjimatan jangka panjang.
Tips Jimat Elektrik dengan AircondXpress:
- Servis aircond secara konsisten
- Bersihkan filter sendiri setiap bulan
- Tetapkan suhu pada tahap selesa (bukan terlalu sejuk)
- Guna mode “ECO” jika ada
- Matikan aircond jika tiada orang dalam bilik
- Pastikan ruang tertutup rapat semasa penggunaan
Dapatkan Khidmat Nasihat PERCUMA dari Pakar!
AircondXpress bukan sekadar servis – kami bantu anda jimat dan selesa pada masa yang sama. Dengan pasukan profesional, sistem tempahan mudah & pantas, kami sedia bantu anda 7 hari seminggu!