Aircond hari ini bukan lagi satu kemewahan, tapi satu keperluan — terutamanya di negara beriklim panas seperti Malaysia. Tapi ramai yang masih kurang ambil berat tentang pemasangan dan penggunaan aircond yang betul, hingga menyebabkan bil elektrik melambung dan prestasi tidak optimum.
Di AircondXpress, kami ingin kongsikan beberapa tips penting untuk pastikan anda dapat keselesaan maksimum dengan penggunaan minimum tenaga!
TIPS PEMASANGAN AIRC0ND YANG BETUL
- Pilih Lokasi Sesuai
Pastikan unit indoor tidak menghadap cahaya matahari terus dan tidak terlalu tinggi. Lokasi yang betul bantu aircond bekerja lebih efisien dan sejuk sekata.
- Jarakkan dengan Siling
Pasang unit sekurang-kurangnya 6 inci dari siling untuk aliran udara yang lebih baik.
- Unit Outdoor Di Tempat Terbuka & Teduh
Pastikan unit luar tidak tertutup atau diletak di ruang sempit. Ia perlukan pengudaraan baik untuk elakkan terlalu panas (overheat) dan penggunaan elektrik yang tinggi.
- Gunakan Pendawaian Kualiti Tinggi
Pastikan pendawaian, plug point dan circuit breaker ikut spesifikasi – elakkan risiko litar pintas dan kerosakan aircond.
- Pasang oleh Technician Bertauliah
Pemasangan yang salah boleh sebabkan kebocoran gas, kurang sejuk atau rosak awal. Pilih servis yang berlesen & berpengalaman seperti AircondXpress!