AircondXpress dengan penuh rasa syukur dan rendah hati telah menerima kunjungan rasmi daripada pihak Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) bersempena dengan penyerahan Sijil Pengiktirafan sebagai MUZAKKI, iaitu pengiktirafan rasmi kepada syarikat yang menunaikan kewajipan zakat perniagaan.
Pengiktirafan ini merupakan satu pencapaian besar yang menggambarkan komitmen AircondXpress bukan sahaja dalam aspek perniagaan dan perkhidmatan, tetapi juga dalam menunaikan tanggungjawab sosial dan agama sebagai entiti yang prihatin terhadap ummah.
Kami percaya bahawa setiap rezeki yang diperoleh wajar dikongsi, dan zakat adalah jambatan yang menghubungkan keberkatan perniagaan dengan kesejahteraan masyarakat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kami tujukan kepada semua pelanggan setia AircondXpress. Tanpa sokongan dan kepercayaan anda, pengiktirafan sebagai MUZAKKI ini tidak akan menjadi satu realiti.
Semoga usaha kecil ini menjadi asbab keberkatan, kemajuan dan rahmat buat semua.
AircondXpress akan terus komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik, sambil kekal menjunjung nilai amanah, integriti dan tanggungjawab sosial.
AircondXpress X MAIJ
“Rezeki dikongsi, keberkatan dirai.”